Pemuda PBS, UPPM Beri Bantuan Kepada 500 KIR Di DUN Kundasang

Pemuda PBS, UPPM Beri Bantuan Kepada 500 KIR Di DUN Kundasang

0
SHARE

KUNDASANG, SABAH – Seramai 500 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang menerima bantuan berupa pelbagai aneka sayur-sayuran.

“Ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.”

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PBS merangkap Exco Pemuda Pusat, Setalie Sarungin berkata, edaran sayur-sayuran ini merupakan peruntukan yang disalurkan kepada Pemuda PBS daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan daripada pembekal sayur, Yamming Taralia.

Bantuan ini diagihkan ke lapan buah kampung dalam DUN berkenaan.

Setalie Sarungin (kiri) semasa agihan sayur-sayuran ke kampung terlibat…

“Lapan kampung yang menerima bantuan ini antaranya, Kampung Togis, Perancangan, Debut Langsat, Takutan, Nalumad, Singgaron, Langsat, Kilanas, dan Kirokot,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PBS, UPPM serta semua yang terlibat menjayakan program ‘bantuan’ ini.

Datuk Dr. Joachim Gunsalam…

“Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada Pemuda PBS dan UPPM Kundasang atas usaha murni ini…

“Para JPKK akan mengedarkan sumbangan tersebut kepada KIR di kampung masing-masing,” kata Dr. Joachim.