Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama pemimpin parti komponen GRS pada program Jelajah GRS di Dewan Masyarakat Kota Marudu hari ini...
KOTA MARUDU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Bersatu Kota Marudu kekal utuh walaupun pengerusinya Datuk Wetrom Bahanda pergi.
“Sebagai pemimpin Bersatu Sabah (PPBM) saya ingin menjelaskan bahawa walaupun ketua Bersatu Kota Marudu telah meninggalkan parti, saya memberi jaminan Bersatu berada di sini untuk kekal di Kota Marudu.
“Kita akan terus menyokong penuh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili untik Kota Marudu,”katanya pada Jelajah GRS Kota Marudu hari ini.
“Kita tidak seharusnya membuat perhitungan yang salah dalam politik.
“Saya difahamkan Parti Warisan sedang memancing terutamanya semasa pilihan raya. Kami tahu niat mereka … cakap tidak serupa bikin…
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan pemimpin parti komponen GRS di Jelajah GRS Kota Marudu…
“Mereka hanya bercakap. Apakah yang telah mereka lakukan dalam dua tahun setengah sebagai kerajaan Sabah? Mereka tiada hala tuju selain berpolitik tanpa mengambil kira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini,” katanya.
Menurutnya, kepimpinan Dr Maximus yang merupakan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) masih sangat diperlukan oleh penduduk di sini.
“Beliau telah melakukan begitu banyak untuk Kota Marudu. Jika ada pihak tertentu atau pembangkang mendakwa tiada pembangunan di Kota Marudu, ini kita tidak boleh terima. Ia adalah satu pembohongan yang terang-terangan.
“Kita boleh lihat sendiri Kota Marudu telah mengalami perubahan besar sejak beliau (Dr Maximus) menjadi Ahli Parlimen dan menteri Persekutuan,” katanya.
Hajiji yang merupakan pengerusi GRS berkata Dr Maximus adalah pemimpin yang disegani oleh pemimpin Persekutuan kerana beliau adalah seorang pemimpin yang memperjuangkan hak Sabah sejak awal lagi dan kini sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Sabah dan Sarawak, beliau meneruskan perjuangan dalam majlis khas MA63.
Hajiji juga berkata bahawa GRS adalah platform yang menyatukan parti-parti yang mewakili rakyat berbilang kaum di Sabah supaya Persekutuan akan mendengar Sabah.
“Saya harap rakyat akan faham asas GRS. Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu. Kita cenderung berpecah dan tidak dapat menuntut hak kami kerana kami tidak bersatu,”katanya.
“Cukup-cukuplah. Kita tidak perlu bergaduh lagi,”katanya.
Hajiji berkata beliau juga telah bertemu dengan Perdana Menteri Sarawak baru-baru ini dan mereka bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak memerlukan satu suara di Malaysia.
Dalam tempoh dua tahun yang lalu, Kerajaan Negeri telah mencapai banyak kejayaan.
“Ini yang kita mahu. Jika kita bersatu kita akan memperolehnya,” katanya sambil menambah bahawa beberapa kejayaan telah dicapai dari segi Sabah mendapat lebih banyak daripada Petronas daripada sumber minyak dan gas negeri.
Beliau berkata pengumuman akan dibuat tidak lama lagi berhubung ekuiti Sabah dalam projek Petronas di Sabah.
Turut hadir, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Presiden Parti Progresif Sabag (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Setiausaha Agung Parti Solidariti (Star), Datuk Edward Linggu, Adun Tandek merangkap pengerusi penganjur Hendrus Anding serta pemimpin bahagian Bersatu Kota Marudu.