Pengundi Mula Turun Mengundi Bagi PRN Sarawak Hari Ini

Pengundi Mula Turun Mengundi Bagi PRN Sarawak Hari Ini

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Pengundi Sarawak mula mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN12) hari ini dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) jelas akan merangkul kejayaan, menjadi gabungan parti-parti tempatan pertama kembali mentadbir negeri yang memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar.

Tidak syak lagi GPS akan muncul juara, namun yang menjadi persoalan adalah berapa banyak daripada 82 kerusi DUN itu yang akan menjadi milik mereka nanti.

Jawapannya terletak kepada persoalan sama ada pembangkang boleh merampas kerusi bagi menafikan majoriti dua pertiga GPS.?

Angka pertama pemilikan kerusi yang perlu diperhatikan pada malam hari pengundian nanti ialah 42, yakni jumlah kerusi yang akan membolehkan parti yang memiliki angka itu diisytihar sebagai pemenang dengan majoriti mudah, dan kemudiannya angka 55 kerusi, bagi menandakan pemilikan dua pertiga majoriti.

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang berlangsung hari ini (18 Dis) bermula pada 7.30 pagi dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu.