PUTRAJAYA – Kumpula lawak TIRO dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.
Kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini menewaskan EMPAT (4) finalis lain iaitu BORO (Achey, Atu dan Fad); PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali); TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif); dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).
Naib Juara pula menjadi milik kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 dan sebuah trofi.
Sementara kumpulan BORO berada di tempat ketiga dengan hadiah kemenangan RM150,000 dan sebuah trofi dan di tempat keempat ialah milik kumpulan BAHYE yang membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi.
Berada di kedudukan terakhir ialah kumpulan TOBAT dengan hadiah kemenangan RM15,000 dan sebuah trofi.
MLM2021 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus (70%) daripada juri manakala 30 peratus (30%) aripada jumlah undian penonton melalui undian secara online.
Pada pentas akhir yang bertemakan Muzikal dan Bebas itu, kesemua peserta perlu membuat dua tugasan dan dinilai oleh juri tetap terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.
Berikut merupakan markah penuh kesemua kumpulan di pentas akhir MLM 2021:
- Tiro: 66.97%
- Puteh: 63.91%
- Boro: 59.78%
- Bahye: 56.88%
- Tobat: 53.26%
Program yang ditayangkan di saluran Astro Warna (132) sejak 15 Oktober lalu dan bersiaran selama 10 minggu dihoskan oleh pengacara Datuk AC Mizal.