KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 meningkat 116 kes berbanding semalam dan kembali melepasi angka seribu hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri secara kumulatif mencatat sebanyak 1,078 KES hari ini.
“Semakin tinggi kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) maka semakin rendah risiko untuk berlaku pertambahan jangkitan,” tegas beliau.
Sejumlah 14 daerah mencatatkan kenaikan (kes), 12 daerah mencatatkan penurunan, dan satu (1) daerah iaitu Sandakan kekal mencatatkan jumlah kes sebagaimana semalam.
Masidi berkata Bagi kawasan bandar utama, Lahad Datu mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 131 kes, dengan kenaikan 58 kes.
Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Keningau (+41) kes, Ranau (+34) kes dan Nabawan (+22) kes.
“Daerah lain yang mencatatkan penurunan signifikan pada hari ini antaranya Kalabakan (-23) kes, Papar (-21) kes dan Tenom (-18) kes,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata sistem kemaskini data semakin bertambah baik yang menghasilkan pengurangan kes-kes daftar tertunggak,
Daripada 1,078 kes yang didaftar hari ini, 506 kes adalah kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.
Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 611 kes manakala jumlah tertinggi pesakit berada dalam Kategori 2 dengan 677 kes.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Lahad Datu – 131 (73)
Kota Kinabalu – 123 (91)
Keningau – 102 (61)
Sandakan – 81 (81)
Ranau – 69 (35)
Penampang – 64 (48)
Kota Marudu – 61 (65)
Tuaran – 57 (70)
Kota Belud – 51 (43)
Tawau – 41 (64)
Nabawan – 39 (17)
Pitas – 39 (25)
Putatan – 34 (48)
Papar – 32 (53)
Kudat – 22 (28)
Beluran – 16 (25)
Kinabatangan – 16 (9)
Kunak – 15 (8)
Tenom – 14 (32)
Tongod – 14 (2)
Tambunan – 12 (13)
Telupid – 12 (6)
Beaufort – 12 (18)
Semporna – 11 (10)
Sipitang – 6 (5)
Kalabakan – 3 (26)
Kuala Penyu – 1 (6)