
RANAU, SABAH – Penduduk dewasa dan remaja yang datang menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Paginatan turut menerima sumbangan makanan dan minuman.
Sebanyak 1,600 bungkus roti bun dan air mineral botol telah disumbangkan untuk tujuan tersebut.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menzahirkan ucapan terima kasih kepada syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terus komited menyalurkan sumbangan dalam apa juga bentuk kepada penduduk di negeri ini khususnya di daerah Ranau.
Beliau memuji usaha dan komitmen yang dijalankan oleh syarikat pengeluar makanan terkemuka, Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Pegarah Eksekutif KTC, Dexter Lau, yang tidak henti-henti memberikan sumbangan makanan kepada golongan yang memerlukan.”
Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian memberitahu 1,600 roti bun yang disumbangkan oleh KTC itu telah diberikan kepada PPV berkenaan.

Roti yang disumbangkan oleh KTC itu dihantar ke Klinik Kesihatan Paginatan untuk diedarkan kepada remaja serta penduduk kampung sekitar yang datang untuk mendapatkan suntikan.
Selain itu, selain rotii, air mineral turut disumbangan oleh Pegawai Khas kepada Dr. Joachim, Juspat Majail.
Dr. Joachim turut mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Sulit, Japli Sami dan semua yang terlibat dalam mengedarkan sumbangan kali ini.