Golongan Belia Sambut Baik Pengumuman PM, Gesa Semua Pihak Perlu Kerjasama Dalam...

Golongan Belia Sambut Baik Pengumuman PM, Gesa Semua Pihak Perlu Kerjasama Dalam Perangi COVID-19

0
SHARE
Ag. Marjohan Ag. Amin - Timbalan Pengerusi, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah...

KOTA KINABALU, SABAH – Golongan belia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perlaksanaan Undi 18 dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya DUA (2) penggal.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah, Marjohan Amin, berkata penglibatan lebih ramai anak muda dalam menentukan kepimpinan negara akan memberi ruang dan peluang menyampaikan aspirasi dan pandangan mereka.

“Pengumuman Perdana Menteri semalam memperlihatkan kesediaan kerajaan bekerjasama dengan semua pihak…

“Keputusan untuk membawa semua parti politik terutamanya pembangkang memperlihatkan kesediaan kerajaan membawa aspirasi semua pihak demi rakyat,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas yang disiarkan secara langsung pada petang 13 Ogos 2021 (Jumaat)…

Marjohan menekanan bahawa pada ketika ini dalam memerangi pandemik COVID-19 yang memuncak, semua pihak perlu untuk bekerjasama tidak kira datang dari pihak kerajaan atau pembangkang kerana semuanya ini demi rakyat.

“Gencatan politik dan kerjasama dwipartisan perlu bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada pihak kerajaan melaksanakan segala perancangan untuk melandaikan statistik dan bilangan mangsa-mangsa COVID-19 ini…

“Golongan belia sudah bosan dengan permainan politik berlebihan. Kami menyeru agar semua pihak bekerjasama dan membantu rakyat dalam menghadapi kepayahan dan kesukaran ketika ini yang dibawa oleh pandemik ini,” katanya.

Katanya lagi dalam suasana pandemik dan politik ketika ini, pertukaran kerajaan dan kepimpinan negara tidak akan menjamin kestabilan dan kejayaan dalam peperangan dengan COVID-19 ataupun memanfaatkan rakyat.

Marjohan turut merakamkan terima kasih kepada sifat Perdana Menteri proaktif yang sedia mendengar dan melakukan perubahan mengikut suara rakyat.