Pengusaha Teksi Sapu Punca Kewujudan Kluster Baharu Di Beaufort

Pengusaha Teksi Sapu Punca Kewujudan Kluster Baharu Di Beaufort

0
SHARE
Gambar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – DUA (2) kematian dilaporkan masing-masing di daerah Keningau dan Semporna pada Khamis yang mana Sabah mencatatkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 sejumlah 286 KES.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata SATU (1) kluster baharu juga dikesan di daerah Beaufort.

Kluster Kota Klias melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang majoritinya adalah keluarga dan pelanggan teksi sapu di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.

“Kluster ini dikesan apabila kes indeks iaitu pengusaha teksi sapu, lelaki, 69, disahkan positif ujian di Hospital Beaufort pada 3 Julai dalam saringan kemasukan wad…

“Beliau juga mula mengalami gejala demam dan batuk sejak dua hari sebelum.

“Daripada 71 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan kadar positif sebanyak 60.5 % dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat (4) kes baharu pada hari ini,” kata Masidi.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 15 Julai 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Jelasnya lagi, sebanyak (148) kes atau 40 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, (115) kes atau 31% daripada Saringan Kluster dan bakinya adalah daripada lain-lain saringan.

“Sebanyak (85) kes adalah saringan melibatkan tahanan dengan (49) kes adalah daripada Kluster Tembok Kota Kinabalu (Penjara Kepayan) dan (36) kes lagi adalah daripada saringan kesihatan yang dilakukan terhadap tahanan dalam siasatan polis iaitu (35) kes di Tawau dan satu (1) kes di Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam pada itu TIGA (3) lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatan (PKPD) bermula 17 sehingga 30 Julai.

“Ini termasuklah Kampung Perpaduan Gumpa di Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI) di Sipitang, dan Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau,” Masidi berkata.