PENAMPANG, SABAH – Zainnal Ajamain yang dikenali sebagai orang kepada Datuk Seri Shafie Apdal digesa tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh penduduk Penampang kerana membuat ‘tuduhan liar’ dengan menuduh punca banjir besar yang melumpuhkan hampir keseluruhan Pekan Donggongon di Penampang pada 28 Jun lalu disebabkan oleh penanaman padi bukit dan nenas oleh penduduk kampung sekitar tersebut.
Zainnal Ajamain memuat turun kenyataan bertajuk “kedegilan dan sikap pentingkan diri sendiri punca banjir di Penampang” pada 01 Julai yang lalu di laman media sosial Facebook miliknya yang mana telah dikongsikan hampir 227 pengguna Facebook, malahan majoriti rakyat telah tampil mengecam Zainnal melalui ruangan komen di laman sosial itu.


Menurut kenyataan beberapa orang aktivis masyarakat yang mengulas kenyataan Zainnal tersebut berkata, “tuduhan menyalahkan penduduk kampung mungkin untuk mengalihkan isu kegagalan Shafie Apdal dan Darell Leiking menyelesaikan masalah banjir di Penampang sejak sekian lama.”
“Tindakan Zainnal membuat kenyataan tersebut yang menyalahkan penduduk kampung sebagai punca banjir adalah jelas untuk mempertahankan Shafie Apdal, tetapi cara ini salah kerana ianya bukan berlandaskan fakta yang betul…
“Mutakhir ini pembalakan yang tidak terkawal di di seluruh Sabah mungkin salah satu puncanya dan kenyataan ini juga pernah dinyatakan oleh Shafie sebelum ini.”
Aktivis lainnya pula berkata “apa yang kita lihat pemimpin- pemimpin malahan ahli Parti Warisan Sabah terlalu kerap membuat FITNAH dan juga kerap menyalahkan rakyat yang hanya semata-mata untuk mengalihkan isu kegagalan Shafie mentadbir Sabah dengan baik.”
Sebelum ini, ahli Parti Warisan bernama Ismaily Bungsu turut memfitnah Raja-Raja, kononnya Raja-Raja memakan harta rakyat dan bertindak zalim dan tidak perlu disembah melainkan Allah.

Ahli Warisan lainnya yang dikenali dengan nama Albert Oxei atau Kibott Navara juga pernah menghina masyarakat Dusun dengan minuman tapai.

“Justeru kita berharap agar rakyat Sabah khususnya di Penampang agar dapat membuka mata mereka seluasnya untuk menolak Parti Warisan Sabah.”
Pengguna laman Facebook juga turut mengulas tuduhan Zainnal sebagai ‘liar’, di antaranya Julian Keyworth dengan menulis “aktiviti pertanian di Penampang masih lagi di tahap sara diri, belum sampai ke arah Komersial di mana petani jadi kaya-raya pakai ‘machine’ besar untuk aktiviti pertanian. Hampir semua mengunakan tulang 4 kerat manusia. Saya kurang bersetuju dengan pandangan saudara Zainnal Ajamain menyalahkan aktiviti pertanian di Moyog sebagai punca utama banjir di Penampang.”
