MoF Nafi Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

MoF Nafi Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seperti yang ditularkan di media sosial ketika ini.

Kementerian tersebut menerusi laman twitter rasminya berkata, Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu pandemik COVID-19.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan sepucuk surat yang tular di media sosial, yang didakwa sebagai surat peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…

Surat tersebut tular sehari selepas laporan dan penafian Tengku Zafrul berhubung peletakan jawatan beliau semalam.