KUALA LUMPUR – Fenomena Monsun Barat Daya dijangka bermula Sabtu dan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah fenomena tersebut akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain.
“Dalam pada itu, ianya juga akan menghasilkan taburan hujan yang rendah…
“Ketika tempoh ini, fenomena jerebu juga boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober
“Bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di barat Sabah dan pantai barat Semenanjung pada awal pagi dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau lagi, semasa tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.
Beliau menasihati orang ramai agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.
Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan hubungi hotline Jabatan Meteorologi Malaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.





