Peniaga Pisang Goreng Dipukul Sehingga Mati Kerana Teguran Kebersihan

Peniaga Pisang Goreng Dipukul Sehingga Mati Kerana Teguran Kebersihan

0
SHARE
Goreng
Peniaga goreng pisang yang tular memegang jualannya dengan menggunakan tangan ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

TAIPING, PERAK – Seorang peniaga pisang goreng di Pokok Assam sini maut dilibas dengan batang kayu hanya kerana menegur pelanggannya agar jangan menyentuh jualan menggunakan tangan pada Selasa.

Amalan kebersihan itu mengakibatkan pertengkaran antara mangsa, Chor Kok Kuan, 59, dan seorang buruh binaan dalam kejadian sekitar jam empat petang itu.

Chor, digemari penduduk kerana sering berniaga sambil menyanyi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek berusia 40-an telah menyerang mangsa dari arah belakang ketika mangsa sedang mengemas gerainya.

“Suspek berjaya ditahan dan tiga batang kayu serta sebuah topi keledar dirampas di tempat kejadian.

“Ujian saringan awal ke atas tangkapan mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian mangsa adalah penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek direman sehingga Selasa depan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.