KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 di negeri ini terus berlaku peningkatan dengan catatan 52 kes hari ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata itu mengakibatkan jangkitan harian bagi Sabah turut meningkat.
“Jumlah kes baharu hari ini ialah 52 kes, pertambahan 9 kes berbanding jumlah semalam,” katanya dalam rumusan harian kes.
Katanya, kecuali daerah Kota Kinabalu, kedudukan jangkitan di daerah lain adalah rendah dan terkawal.
“Malah, tujuh (7) daerah mencatat penurunan kes berbanding enam (6) daerah yang bertambah.
“Sebanyak 14 daerah kekal dengan angka catatan sebelumnya,” katanya.
Masing-masing satu (1) pesakit berada dalam Kategori 3 dan Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 32 (16)
Tuaran 4 (4)
Kuala Penyu 3 (0)
Papar 3 (3)
Penampang 3 (6)
Tenom 2 (2)
Keningau 1 (0)
Kota Marudu 1 (0)
Kudat 1 (0)
Semporna 1 (1)
Tawau 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (2)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (5)
Ranau 0 (1)
Sandakan 0 (1)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)





