KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 825 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 28,234 kes (70.2%).
Dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini adalah sebanyak 852 KES, demikian menurut laporan menerusi Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 40,209 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,689 kes.

DARIPADA 852 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tiga belas (13) Kes import, manakala 839 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 94 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 286 kes (0.7%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
