PENULIS LIRIK TERKEMUKA TANAH AIR BOB LOKMAN MENINGGAL DUNIA

PENULIS LIRIK TERKEMUKA TANAH AIR BOB LOKMAN MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penulis lirik terkemuka tanah air, Bob Lokman, 58, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediamanya hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Perak.

Jenazah akan dibawa ke Hospital Kubang Kerian untuk dimandikan, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balik Pulau, Kubang Kerian selepas solat Isyak.

Allahyarham dilahirkan pada 1964 di Kubang Kerian turut meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh anak.

Antara filem dan drama lakonannya adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my dan Tentang Bulan Series.

Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat serta pernah menghasilkan lirik lagu popular, Isabella nyanyian kumpulan Search…

Terdahulu, 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.

Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, Bob menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020.