Penyelidik Britain Temui Virus AAV2 Dikaitkan Virus Hepatitis Misteri

Penyelidik Britain Temui Virus AAV2 Dikaitkan Virus Hepatitis Misteri

0
SHARE
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

WASHINGTON, AS – Para saintis dari Britain dalam kajian mereka terhadap hepatitis misteri yang menjejaskan kanak-kanak kecil telah menemukan virus lain dikenali sebagai virus pembantu Adeno (AAV2).

Mereka mendapati kes hepatitis misteri yang serius itu berlaku dikaitkan dengan jangkitan bersama dua virus biasa…

Dalam dua kajian baharu yang dijalankan secara bebas dan serentak di Scotland dan London, para saintis menemui virus lain dikenali sebagai virus pembantu Adeno (AAV2) dan terdapat dalam kebanyakan pesakit yang diperiksa.

“Kehadiran virus AAV2 dikaitkan dengan hepatitis yang tidak dapat dijelaskan pada kanak-kanak,” kata profesor penyakit berjangkit, Emma Thomson dari Universiti Glasgow, Scotland, dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kemungkinan terdapat 1,010 kes misteri tersebut termasuk 46 kes yang memerlukan pemindahan hati dan 22 kematian akibat penyakit itu sejak Oktober tahun lalu.