Peratus Lulus SPM 2021 SMK Arshad Kota Belud Meningkat

Peratus Lulus SPM 2021 SMK Arshad Kota Belud Meningkat

0
SHARE
Antara pelajar SMK Arshad Kota Belud yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021...

KOTA BELUD, SABAH – SMK Arshad berjaya mencapai peningkatan dalam peratus lulus SPM 2021 iaitu 89.74 peratus berbading 88.26 peratus pada tahun 2020.

Seramai 200 orang pelajar sekolah tersebut menduduki peperiksaan SPM tahun lepas dan dariapda jumlah tersebut, sebanyak tiga (3) pelajar masing-masing mendapat 9A dan 8A, empat (4) pelajar 6A dan sembilan (9) pelajar memperolehi 5A.

Pengetua SMK Arshad Yakup Nasip berkata, pencapaian ini membuktikan pelajar di kawasan luar bandar juga boleh mencipta kecemelangan sekiranya mereka bersungguh-sungguh belajar dengan disiplin, menunjukkan komitmen yang tinggi, selain rajin mengulang kaji pelajaran ketika berada di rumah.

Pengetua SMK Arshad Yakup Nasip ketika menyampaikan slip keputusan SPM kepada salah seorang pelajar yang ditemani oleh ibubapa pelajar…

“Ini merupakan pencapaian yang terbaik berbanding tahun lepas membuktikan pelajar di kawasan luar bandar juga boleh bersaing dengan pelajar-pelajar di kawasan bandar,” katanya kepada wartawan selepas pengumuman dan penyerahan Slip keputusan SPM di dewan sekolah tersebut pada Khamis.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Arshad, Harina Wati Datuk Golkhan, penolong-penolong kanan serta guru-guru sekolah.

Yakup turut merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang mendidik murid dengan penuh dedikasi dan kesabaran, selain ibu-bapa yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka.

“Tidak dilupakan PIBG yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama untuk melaksanakan program-program akademik, kokurukulum dan sahsiah serta semua pihak yang membantu sekolah secara langsung atau tidak langsung…

“Saya yakin semua ini dapat dicapai dengan adanya jalinan kerjasama bukan sahaja dikalangan pendidik di sekolah ini namun ianya melibatkan sokongan serta kerjasama dari pelajar dan ibubapa,” katanya.

Menurut beliau SMK Arshad juga berazam untuk mencapai prestasi lebih baik dalam SPM dan STPM 2022 dengan strategi yang lebih teratur dan komitmen yang berterusan.

“Sekolah akan memberikan tumpuan kepada pencapaian murid-murid cemerlang disamping tidak melupakan pencapaian murid-murid sederhana dan lemah kerana SMK Arshad menanamkan semangat ‘Yakin Boleh’ kepada setiap murid,” jelas Yakub.

Sementara itu beberapa orang pelajar cemerlang yang mendapat 9A ketika ditemui menganggap kejayaan tersebut kerana adanya komitmen sekolah, guru dan pelajar sendiri untuk mencapai kecermalangan dalam akademik.

Bagi Ilhan Saiful yang mendapat 9A berkata, semasa belajar beliau fokus terhadap pembelajaran yang disampaikan oleh guru semasa berada di kelas selain membuat ulang kaji yang berjadual di rumah.

“Semasa berada di kelas saya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika cikgu mengajar, rajin bertanya kepada guru apa bila kurang memahaminya dan yang paling penting memperuntukan masa untuk belajar semasa berada di rumah,” katanya.

Berbeza dengan Milan Peneh yang juga memperolehi 9A selain memberikan perhatian semasa cikgu mengajar di dalam kelas, beliau juga sering mengadakan perbincangan mengenai satu satu subjek mata pelajaran bersama rakan-rakan lain.

“Saya juga seperti pelajar yang lain ada masa kita beriadah, namun jangan sampai melalaikan sehingga lupa tugas kita sebagai pelajar.

“Saya juga memanfaatkan alternatif untuk mencari bahan-bahan tambahan untuk pelajaran.

“Ianya lebih baik dan dapat membantu meningkatkan pengetahuan berguna untuk pelajaran daripada kita melayari perkara perkara yang boleh melalaikan,” katanya.