KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu meningkat kepada 297 kes hari ini iaitu pertambahan 32 kes berbanding semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kadar positiviti hari ini ialah 10.83 peratus berbanding kadar kelmarin iaitu 11.28 peratus.
“Terdapat sedikit pertambahan jumlah sampel ujian kepada 2,909 berbanding 2,864 semalam…
“Kota Kinabalu kembali merekodkan jangkitan tiga angka dengan 114 kes baharu, pertambahan 39 kes berbanding jumlah semalam.
“Enam (6) daerah lain merekodkan kes dua angka yang didahului oleh Sandakan dengan 44 kes (+8), Tuaran 25 kes (+14), Putatan 20 kes (+/-), Tawau 13 kes (+1), Penampang 12 kes (-13) dan Lahad Datu 11 kes (-13)…
“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 7 daerah iaitu Beluran, Kalabakan, Kuala Penyu, Kunak, Pitas, Tenom dan Tongod,” ringkasnya dalam rumusan harian kes.
Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 114 (75)
Sandakan 44 (36)
Tuaran 25 (11)
Putatan 20 (20)
Tawau 13 (12)
Penampang 12 (25)
Lahad Datu 11 (24)
Beaufort 8 (3)
Papar 8 (10)
Kota Belud 7 (8)
Kudat 7 (2)
Kota Marudu 5 (6)
Ranau 4 (2)
Keningau 3 (7)
Kinabatangan 3 (8)
Semporna 3 (1)
Sipitang 3 (0)
Tambunan 3 (0)
Telupid 3 (0)
Nabawan 1 (2)
Beluran 0 (2)
Kalabakan 0 (0)
Kuala Penyu 0 (3)
Kunak 0 (2)
Pitas 0 (1)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (3)