Pesakit Mental Serang Orang Awam Tunaikan Solat Di Surau KKIA

Pesakit Mental Serang Orang Awam Tunaikan Solat Di Surau KKIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pesakit mental bertindak menyerang dengan menghayun sebilah pisau pemotong sayur ke arah orang awam yang hendak menunaikan solat di Surau Aras (2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang kelmarin.

Difahamkan bahawa suspek yang berusia 47 tahun dari Kampung Lubak, Beaufort itu bertindak agresif kerana berhenti memakan ubat masalah mental yang dihidapinya.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah berkata, seorang anggota polis bantuan telah mengalami kecederaan luka di jari tengah sebelah kiri akibat terkena pisau suspek dalam usaha menenangkan dan menangkapnya.

Kecederaan yang dialami pada jari tengah seorang anggota polis semasa cuba menahan suspek…

“Kekerasan minima terpaksa digunakan untuk menangkap suspek sehingga menyebabkan suspek mengalami sedikit luka calar di bahagian dagu…

“Suspek seterusnya telah dibawa ke Balai LTAB KK (KKIA) bersama barang-barang peribadi dan pisau untuk tindakan selanjutnya,” ulas beliau mengenai insiden 2.30 petang itu.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kategori ketidakupayaan mental serta kad temujanji rawatan di Hospital Bukit Padang.

“Kali terakhir temujanji saspek adalah pada 28 Oktober yang lalu dan temujanji rawatan akan datang adalah pada 25 November…

“Tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku kepada orang awam manakala anggota yang cedera dirawat di Klinik Medisinar yang ada pada LTAB KK.

“Beliau telah menerima dua (2) jahitan dan berada dalam keadaan stabil,” kata Zaidi.

Sebilah pisau yang digunakan oleh suspek untuk menyerang orang awam di Surau KKIA…

Rampasan termasuk sebilah pisau pemotong sayur panjang anggaran lebih kurang 21.5CM selain dokumen peribadi mangsa mankala kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.