Polis Cekup Wanita Tipu Boleh Buat Kuih Tradisional

Polis Cekup Wanita Tipu Boleh Buat Kuih Tradisional

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Polis mencekup seorang wanita di sini setelah disyaki menipu sebanyak RM 13,610 kononnya boleh membuat kuih tradisional.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata suspek 43 tahun ditahan pada pukul 7 malam Isnin.

“Suspek menawarkan untuk membuat kuih dalam kuantiti yang banyak dan pengadu memindahkan wang ke akaun suspek untuk pembelian bahan masakan dan peralatan…

“Sehingga tarikh pengadu membuat laporan polis iaitu pada 30 September lalu, pengadu tidak menerima apa-apa kuih yang telah dijanjikan,” katanya.

Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan tangkapan dipohon di Mahkamah Beaufort kelmarin.

Yusoff berkata semoga kes itu menjadi iktibar kepada semua individu untuk berhati-hati dalam berurusan melibatkan kewangan.