Here4U Surat Terbuka Dolla Buat Peminat

Here4U Surat Terbuka Dolla Buat Peminat

0
SHARE
Dolla
Kumpulan Dolla

KUALA LUMPUR – Sentiasa tampil kelainan dan pembaharuan, kumpulan pop sensasi, Dolla tidak mahu berhenti mencipta banyak kejayaan.

Memetik sumber Berita Harian, Ini adalah bukti kesungguhan Dolla, sekali gus kerja keras mampu mengekalkan populariti dan karya yang bagus.

Baru sahaja mengumumkan konsert pertama, kini Dolla muncul dengan single Here4U yang mengukuhkan lagi kasih sayang terhadap peminat yang berdiri teguh di belakang iDolla.

Lebih istimewa, single Here4U dicipta dan ditulis bersama seorang daripada anggota Dolla, iaitu Tabby.

Tabby berkata, segala-galanya bermula daripada petikan muzik instrumental yang indah yang boleh didengar dalam lagu berkenaan.

“Seorang daripada komposer, Hyuk Shin memberikan saya peluang menulis dan menghasilkan melodi bersama.

“Seorang lagi komposer, Chris Young membimbing saya dengan baik sepanjang proses ciptaan lagu.

“Memikirkan konsert Dolla, kami rasa ia adalah masa yang tepat untuk menghasilkan lagu khusus buat peminat. Selepas mencipta melodi, saya pulang ke rumah untuk memikirkan lirik sesuai.

“Inspirasi besar di sebalik Here4U adalah iDolla. Mereka sentiasa buat kejutan dan bersama dalam setiap situasi sukar pernah dilalui. Mereka benar-benar tulang belakang dalam kehidupan Dolla.

“Saya juga mendapat inspirasi daripada Dolla. Ini juga ucapan terima kasih yang tulus kerana bertahan melalui semua halangan,” katanya.

Seperti beberapa lagu popular sebelum ini, single Here4U didatangkan dalam dua versi iaitu bahasa Malaysia ditulis oleh Putri Dahlia, Tabby dan Hyuk Shin, manakala versi Inggeris pula ditulis oleh Tabby dan Hyuk Shin.

Video lirik single Here4U dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang pernah dirakamkan menggunakan telefon bimbit dan sudah dimuat naik di YouTube.
Video lirik single Here4U dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang pernah dirakamkan menggunakan telefon bimbit dan sudah dimuat naik di YouTube.
Sabronzo berkata, pengalaman menyiapkan rakaman single Here4U sangat menyenangkan.

“Ia pengalaman yang sangat bagus kerana penulis lagu adalah anggota Dolla sendiri. Visi untuk lagu ini dapat diterjemahkan dengan baik.

“Kami gembira menjadi projek yang merapatkan hubungan semua orang secara peribadi.

“Dolla ingin peminat tahu bahawa single Here4U ini adalah satu penghormatan bagi sokongan tidak berbelah bahagi. Here4U adalah surat terbuka untuk peminat dalam bentuk lagu,” katanya.

Untuk melengkapkan single Here4U, video lirik yang menceritakan perjalanan Dolla sejak awal turut dihasilkan. Ia adalah gambaran visual mengenai apa yang dilalui untuk berada pada tahap hari ini.

Video lirik itu dihasilkan dengan gabungan aneka klip video yang pernah dirakamkan menggunakan telefon bimbit dan ia sudah dimuat naik di YouTube.

Sungguhpun sibuk dengan single Here4U, Dolla juga membuat persiapan konsert dan bakal mengumumkan lebih banyak kejutan.

“Dolla pastinya merancang pelbagai agenda sepanjang tahun ini.

“Selain itu, kami juga sedang menghasilkan muzik baharu dan menyusun hala tuju untuk bergerak lebih pantas.

“Kami berharap peminat menyukai single Here4U kerana banyak berfikir untuk menyiapkannya. Moga peminat dapat menghayati dan memahami pesanan dalam lagu ini,” kata Angel.