CHONG WEI PENGGUNA TERAWAL BASIKAL KELUARAN YONEX DI MALAYSIA

CHONG WEI PENGGUNA TERAWAL BASIKAL KELUARAN YONEX DI MALAYSIA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Lagenda jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menjadi pengguna terawal basikal keluaran YONEX di Malaysia.

Ini selepas tular satu gambar di media sosial yang jelas menunjukkan beliau memakai basikal keluaran YONEX jenis AEROFLIGHT yang mempunyai berat 836 gram dan berharga hampir RM30,000 itu.

Menurut sumber, belum dipastikan sama ada basikal tersebut dibeli oleh Chong Wei sendiri ataupun diberi secara percuma itu.

Namun, dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena pada bulan Mei baru-baru ini, Chong Wei mendedahkan bahawa dia sedang menunggu ketibaan basikal baharunya ini.

Perkara ini menunjukkan sebuah jenama atau syarikat pengeluar raket badminton terkenal di dunia iaitu YONEX bukan sahaja fokus kepada sukan badminton, malah telah mula menceburi bidang pembuatan basikal atas kapasiti syarikat itu yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi serat karbon.

Sumber Foto: YONEX…

Untuk rekod, YONEX mula menceburi bidang pembuatan basikal sejak beberapa tahun yang lalu. Kini di dalam katalog Yonex, mereka mempunyai LIMA (5) buah basikal dengan kesemuanya hadir dengan teknologi moden yang membantu penunggang untuk bergerak lebih pantas.

Sumber Foto: YONEX…

Selain daripada AEROFLIGHT, jenama yang bertapak dari tahun 1946 ini ada mengeluarkan basikal lain jenis CARBONEX, CARBONEX DISC, CARBONEXHR dan yang terakhir sekali adalah CARBONEX HR DISC, basikal paling mahal keluaran YONEX yang mencecah sehingga RM44,000 untuk badan sahaja.

Sumber Foto: YONEX…

Kini YONEX yang telah berusia 75 tahun tidak lagi tertumpu kepada sukan seperti Badminton mahupun Tennis, tetapi difahamkan mula menceburi bidang sukan golf dan papan luncur salji.