PESURUHJAYA POLIS SABAH BAHARU BERTEMU KM HAJIJI BINCANG KESELAMATAN NEGERI

PESURUHJAYA POLIS SABAH BAHARU BERTEMU KM HAJIJI BINCANG KESELAMATAN NEGERI

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertemu dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah...

KOTA KINABALU, SABAH – Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu, Datuk Idris Abdullah bertemu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu hari ini.

Tujuan kunjungan beliau adalah untuk membincangkan keadaan keselamatan Sabah ketika ini selain daripada bincangkan perkara-perkara yang lain.

Beliau yang dahulunya memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Bahagian Perkhidmatan) Bukit Aman, Idris mengambil alih tugas dari Datuk Hazani Ghazali pada 9 September bagi mengetuai Kontinjen Polis Sabah.

Hazani telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman.

Semasa kunjungan hormat itu, Idris ditemani oleh Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Jauteh Dikun, Ketua Pengurusan Polis Negeri, SAC Zabidi Md Zin dan Ketua Cawangan Khas Negeri, SAC Mohd Salleh Yahya.