Gempa Bumi Kecil Melanda Perairan Beluran, Tiada Ancaman Tsunami

Gempa Bumi Kecil Melanda Perairan Beluran, Tiada Ancaman Tsunami

0
SHARE
Gempa bumi
Gempa bumi ringan berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan di perairan berhampiran Beluran pada 9.07 pagi tadi ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi METMalaysia )

KUALA LUMPUR – Gempa bumi ringan berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan di perairan berhampiran Beluran pada 9.07 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dalam satu kenyataan, berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) pada koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

“Gempa itu berada 37 km tenggara Pitas, Sabah dan 365 km utara Tarakan, Indonesia,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.