TAMBUNAN, SABAH – Ketua Penaja Parti Gagasan Rajyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Datuk Victor P Paut menyambut baik pengisytirahan cuti umum tambahan pada 21 April 2023 oleh kerajaan negeri Sabah.
Beliau berkata, ia menunjukkan keprhatinan kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Daruk Seri Hajiji Noor terhadap kebajikan rakyat khususnya umat Islam yang akan menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
“Sudah pasti, ini memberi berita gembira kepada rakyat khususnya umat Islam kerana ia akan memberi tempoh yang panjang kepada umat Islam meraikan hari lebaran bersama keluarga di kampung halaman,” katanya.
Pengisytirahan cuti umum tambahan itu diumumkan Hajiji beberapa hari lepas selaras dengan Ordinan Cuti Umum Negeri Sabah.
Dalam pada itu, Victor menasihati warga Tambunan yang berada diluar daerah itu agar mengutamakan keselamatan ketika memandu pulang ke kampung halaman untuk menyambut aidil fitri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas pengisytirahan cuti tambahan itu oleh Kerajaan negeri disini pada Rabu.
Victor sebelum itu telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Makatip Sabah, di Kampung Gagaron, Tambunan.
Ia bagi membantu meringankan bebanan melaksanakan operasi harian pusat berkenaan.