TENOM, SABAH – Walaupun Pekan Melalap dan Kemabong telah diisytiharkan sebagai zon bencana akibat banjir, ironinya sehingga berita ini ditulis wakil rakyat Melalap Datuk Peter Anthony masih belum kelihatan tampil menghulurkan bantuan kepada rakyat terjejas di kawasan yang dinaiki banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana yang juga Pegawai Daerah Tenom Tuan Sungkim Rumangun dalam satu kenyataan di Bangunan Urusetia Tenom (kelmarin) berkata, kawasan DUN Melalap dan Kemabong telah diisytiharkan sebagai zon bencana selepas hampir 90 peratus (90%) di kedua-dua kawasan terbabit telah dilanda banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Tenom mengisytiharkan DUN Melalap dan Kemabong sebagai kawasan bencana selepas 90 peratus (90%) kawasan telah dilanda banjir.
Berikutan bencana yang berlaku ini, Peter Anthony yang sedang berhadapan dengan kes penipuan dokumen tender UMS di mahkamah dikecam kerana belum lagi menghantar apa-apa bantuan khususnya di kawasan DUN Melalap.

Baru-baru ini turut tular di media sosial apabila rakyat Sabah mempersoalkan kenapa sebelum ini Shafie Apdal telah melantik Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan dalam masa yang sama Peter turut digelar sebagai “Mr Penipu” oleh sesetengan netizen susulan pendedahan di mahkamah oleh Bekas Pengerusi Ulink Property Sdn Bhd, Datuk Abdullah Mohd Said dan bekas Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Profesor Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang.
Beberapa pihak turut tampil mempersoalkan kenapa Peter Anthony belum tampil menghulurkan sebarang bantuan kepada penduduk kampung yang terjejas teruk di Tenom termasuk kawasan Melalap yang diwakili oleh Peter.
Video rakaman keadaan banjir di Tenom yang dikongsi oleh pengguna media sosial Facebook…
“Amat menyedihkan dan sungguh mendukacitakan kerana Peter hanya berdiam diri dan seolah-olah beliau sedang bersembunyi dalam gua walaupun hampir keseluruhan Tenom telah dinaiki banjir.”
“Sepatutnya Peter hadir dan bersama-sama jawatankuasa bencana daerah bagi membantu memberikan cadangan dan melakukan perkara yang patut bagi meringankan beban rakyat di Tenom selepas mereka berhadapan dengan situasi yang cukup sukar ketika ini, dan bukannya menghilangkan diri,” kata mereka.

Dalam pada itu, orang ramai turut tampil memuji mantan ADUN Kemabong yang juga bekas calon Melalap Jamawi Jaafar selepas lebih awal menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan Tenom yang terjejas teruk akibat banjir.
Selain menghantar bantuan berupa makanan dan air mineral, Jamawi dilihat turut sama membersihkan rumah penduduk yang terjejas.


Jamawi dilihat turut memantau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan banjir dan bersama hadir bermesyuarat dengan jawatankuasa bencana peringat daerah Tenom.