
LAHAD DATU, SABAH – Seramai 400 jemaah menghadiri Solat Isyak Qunut Nazillah untukmu Palestine, pada Jumaat.
Solat di Masjid Nurul Aman tersebut diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Yunus Abu yang turut menyampaikan kuliah bertajuk ‘Mencari Keredhaan Allah SWT’.
Turut dilaksanakan Majlis Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Jabatan Penerangan (Japen) Sabah dengan penyerahan sumbangan berupa wang tunai kepada masjid tersebut.
Hadir sama, Pengarah Japen Sabah, Jainisah Mohd Noor, Timbalannya, Supian Musa, Pengerusi Masjid Nurul Aman, Dr. Mohamad Ayub Yakub serta Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Edi Rizam Kassim. — JABATAN PENERANGAN SABAH