KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Peter Anthony ditahan polis tengah malam Sabtu berikutan rusuhan yangmembabitkan penyokongnya di luar pusat penamaan calon pilihan raya umum di Tenom pagi Sabtu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Peter kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya direkodkan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 24A (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Karamunsing,” katanya.
Rusuhan itu dikatakan berlaku selepas pencalonan Peter ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kerana sabitan kes makhamah…
Peter petang semalam telah berkata akan memfailkan laporan di Makhamah Tinggi selain berkata ianya tidak sepatutnya berlaku kerana kes beliau telah ditangguhkan.