Piala Dunia 2022: Maghribi Singkirkan Portugal, Mara Ke Separuh Akhir

Piala Dunia 2022: Maghribi Singkirkan Portugal, Mara Ke Separuh Akhir

0
SHARE
Gol tunggal pemain Maghribi, Youssef En-Nesyri yang menjaringkan gol pembukaan Magribi ketika aksi suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama, Doha...(Sumber Foto: Reuters)

DOHA – Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia selepas ledakan gol tunggal Youssef En-Nesyri cukup untuk mencipta kemenangan 1-0 ke atas Portugal pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Thumama tengah malam tadi.

En-Nesyri, yang dua kali tandukannya melepasi palang sebelum itu, melompat tinggi mengatasi penjaga gol Portugal, Diogo Costa dan pertahanan, Ruben Dias pada minit ke-42 untuk meletakkan Maghribi di depan.

Penyerang Portugal, Joao Felix mempunyai dua peluang untuk meletakkan pasukannya di depan, tetapi penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou menyelamatkan keadaan pada minit ke-31 dan satu lagi tersasar.

Bruno Fernandes juga mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun rembatannya dari sebelah kanan padang terkena palang.

Cristiano Ronaldo, yang dimasukkan di awal babak kedua, mempunyai peluang di akhir permainan untuk menjaringkan gol untuk Portugal, namun Bounou sekali lagi pantas menyelamatkan keadaan.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kelihatan menangis selepas pasukannya tewas di peringkat suku akhir…(Sumber Foto: AP)

Pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 seterusnya, Maghribi akan bertemu Perancis bagi menempah slot ke pentas final.