RONALD KIANDEE TIDAK BERGANJAK, KEKAL BERSATU DI SABAH

RONALD KIANDEE TIDAK BERGANJAK, KEKAL BERSATU DI SABAH

0
SHARE
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee...

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee tidak berganjak dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meskipun ramai ahli Sabah telah keluar mengikut bekas Pengerusi untuk Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya masih ketua bahagian Beluran Bersatu. Saya kekal bersama Bersatu Sabah,” kata naib Presiden Bersatu itu ketika dihubungi The Star.

“Saya dengar mereka mengadakan mesyuarat pada malam Jumaat (9 Dis) ketika mereka membuat keputusan itu. Saya tidak dijemput atau dimaklumkan mengenainya,” katanya LAGI

Beliau berkata langkah Hajiji tidak boleh menamatkan BERSATU di Sabah selain berpendapat bahawa parti itu masih akan mengekalkan ramai akar umbinya kerana mereka yang keluar tidak mendapat restu ahli parti.

“Saya tahu beberapa ketua bahagian telah berfikir dua kali mengenai keputusan itu. Ia adalah hak mereka untuk memilih apa sahaja parti yang mereka mahu dalam penentukuran semula politik mereka…

“Mereka boleh mewajarkan tindakan mereka dengan apa jua alasan. Ahli parti mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri.

“BERSATU akan kekal berada di Sabah, kita akan membinanya semula,” tambahnya.