Guru Besar SK Senaja, Anak Perempuan Dan Abang Mangsa Kebakaran Maut Pitas

Guru Besar SK Senaja, Anak Perempuan Dan Abang Mangsa Kebakaran Maut Pitas

0
SHARE
Mayat
Mayat ketiga-tiga mangsa, Abdul Malik Mad Tasin, 50, anaknya Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 12, dan bapa saudaranya, Salleh Onding ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PITAS, SABAH – Guru Besar SK Senaja, anak perempuannya dan abangnya dikenal pasti sebagai mangsa maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Taka, sini, awal pagi Khamis.

Mayat ketiga-tiga mangsa, Abdul Malik Mad Tasin, 50, anaknya Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 12, dan bapa saudaranya, Salleh Onding, 60 ditemui di lokasi berbeza di tapak kebakaran rumah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Kamarudin Sogon berkata Salleh ditemui di ruang tamu rumah pada 3.27 pagi, Abdul Malik di ruang dapur pada 3.40 pagi, dan Nur Adriana ditemui di dalam bilik air pada 4.26 pagi.

“Tiga lagi mangsa wanita mengalami kecederaan iaitu isteri Abdul Malik, Afnah Tundan dan dua lagi anak mereka Nur Ika Afmaleena Abdul Malik dan Nurattyqah Abdul Malik berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap rumah,” katanya.

Sebuah Perodua Kembara dan Proton Waja turut musnah terbakar selain rumah tidak kekal berukuran 40×50 kaki dalam tragedi kira-kira jam 2.10 pagi itu.

Difahamkan juga adik Nur Adriana merupakan seorang pelajar pusat tahfiz Raudhatul Huffaz.