PKPB Di Daerah Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan Bermula Tengah Malam 7...

PKPB Di Daerah Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan Bermula Tengah Malam 7 Oktober Ini

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat (PKPB) di daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan berkuatkuasa tengah malam (12.01) 7 Oktober ini.

Keputusan ini dibuat selepas satu Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan arahan itu berdasarkan situasi semasa COVID-19 di seluruh Sabah yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan serta cadangan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

Datuk Seri Ismail Sabri…

“Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan…

“Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya.

Terdahulu, kawalan rentas daerah di seluruh Sabah telah dilaksanakan bermula pada 03 sehingga 16 Oktober depan.