COVID-19: REKOD TERTINGGI SETAKAT INI, KES HARIAN MENINGKAT DRASTIK KEPADA 432 KES

COVID-19: REKOD TERTINGGI SETAKAT INI, KES HARIAN MENINGKAT DRASTIK KEPADA 432 KES

0
SHARE

KUALA LUMPUR – REKOD TERTINGGI setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacita melaporakan jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini menunjukkan peningkatan drastik apabila seramai 432 orang pesakit baru telah dijangkiti.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan  bahawa terdapat 57 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,340 kes (80.70%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,336 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 3 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 432 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat tiga (3) KES IMPORT dilaporkan…

SEMUA 429 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 20 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 409 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Menurut laporan itu juga, peningkatan turut berlaku sebanyak 32 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan lapan (8) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…