Kakitangan Awam, Guru Dipaksa Letak Jawatan Jika Enggan Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Kakitangan Awam, Guru Dipaksa Letak Jawatan Jika Enggan Terima Suntikan Vaksin COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

HARARE, ZIMBABWE – Kakitangan awam dan guru yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dipaksa supaya meletak jawatan mereka, demikian menurut Kerajaan Zimbabwe dengan tegas dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menteri Kehakiman, Ziyambi Ziyambi, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan lebih ramai tampil mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Kalau anda kakitangan kerajaan, demi keselamatan orang lain yang mendapatkan khidmat anda, dapatkan suntikan vaksin…

“Bagaimanapun, kalau anda mahu mempertahankan hak anda… sila letak jawatan, syarat yang sama terpakai untuk guru,” katanya dalam temu bual di radio tempatan.

Zimbabwe mempunyai sekitar 300,000 kakitangan awam termasuk kira-kira 100,000 orang guru.

Memetik laporan AFP, negara selatan Afrika itu sudah pun mewajibkan suntikan vaksin bagi peniaga di pasar, beriadah di gimnasium, makan di restoran dan menduduki peperiksaan kemasukan universiti, yang mana amalan itu turut diikuti sektor swasta tertentu.

Bagaimanapun, tindakan itu dibidas orang ramai kerana bekalan vaksin di pusat inokulasi amat terhad sehingga ada yang mula beratur seawal jam 4 pagi bagi mendapatkan suntikan.

Bulan lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mencabar syarat inokulasi mandatori bagi pekerja.

Hanya sekitar 2.7 juta daripada 15 juta penduduk Zimbabwe sudah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Negara itu sudah merekodkan lebih 125,600 juta jangkitan termasuk 4,490 kematian sejak pandemik bermula.

Ia bergantung kepada vaksin buatan China, India dan Russia tetapi baru-baru ini memberi kebenaran kecemasan bagi penggunaan vaksin Johnson & Johnson.

Vaksin Sinopharm Dan Johnson & Johnson…