PKPDB Secara Pentadbiran 4 Daerah Di Sabah

PKPDB Secara Pentadbiran 4 Daerah Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan hari ini mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentabdiran di empat (4) daerah di Sabah.

Menurut petikan kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar pentadbiran dilaksana di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna mulai tengah malam ini.

“PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk,” katanya.

PKPD Bersasar yang dikuatkuasakan sehingga 12 Oktober ini melibatkan 962,661 penduduk.

Sepanjang tempoh 14 hari, penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan.

“Penduduk luar dan pelawat juga tidak dibenarkan masuk ke empat daerah ini dalam tempoh berkenaan….

“Semua aktiviti perniagaan akan dihentikan melainkan perkhidmatan penting dan barangan keperluan penting sahaja,” jelasnya.

Malah, satu pangkalan perubatan juga akan disediakan dan semua pintu masuk serta keluar akan ditutup.