
LUSAIL – Portugal membelasah Switzerland 6-1 untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2022.
Goncalo Ramos, 21, yang tampil agresif meledak hatrik pertama di Piala Dunia 2022 pada minit ke-17, 51 dan 67 di Stadium Lusail awal pagi tadi.
Walau bagaimanapun, penyerang Benfica itu, yang memulakan permainan buat kali pertama untuk negaranya telah digantikan dengan Ronaldo ketika permainan berbaki 20 minit dan Portugal selesa mendahului 5-1.
Pertahanan veteran, Pepe yang berusia 39 tahun, turut menemui sasaran dengan menanduk masuk gol kedua Portugal pada minit ke-33.

Raphael Guerreiro menjaringkan gol keempat buat skuad kendalian Fernando Santos pada minit ke-55 dan Rafael Leao melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan.
Ronaldo turut menjaringkan gol namun jaringannya dibatalkan kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima bola.

Gol tunggal Switzerland dijaringkan Manuel Akanji pada minit ke-58.