Piala Dunia 2022: Penentuan Sepakan Penalti Bawa Maghribi Ke Suku Akhir, Sepanyol...

Piala Dunia 2022: Penentuan Sepakan Penalti Bawa Maghribi Ke Suku Akhir, Sepanyol Tersingkir

0
SHARE
Pemain Maghribi rai kemenangan selepas Achraf Hakimi menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti...(Sumber Foto: Reuters)

DOHA – Penentuan sepakan penalti bawa Maghribi ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu awal pagi tadi.

Pada aksi perlawanan pusingan 16 terakhir, kedua-dua pasukan Maghribi dan Sepanyol terikat dengan keputusan 0-0.

Pasukan Afrika itu memenangi penentuan penalti 3-0 selepas tiga pemain Sepanyol, Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets gagal menyempurnakan ketiga-tiga sepakan penalti mereka.

Achraf Hakimi kemudian mencipta sensasi buat Maghribi apabila menyempurnakan penalti kemenangan pasukannya.

Pemenang perlawanan itu terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan selepas berakhir masa tambahan.

Reaksi kecewa pemain Sepanyol selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti…(Sumber Foto: AP)

Memetik laporan AFP, anak buah Luis Enrique lebih menguasai permainan di Stadium Education City, namun tidak mendapat banyak peluang terbaik untuk diterjemahkan dengan jaringan.

Maghribi memiliki peluang keemasan untuk memenangi perlawanan, namun rembatan Walid Cheddira diselamatkan penjaga gol, Unai Simon sebelum pasukan Afrika itu berdepan beberapa detik cemas pada saat akhir.

Maghribi akan berdepan Portugal pada kasi suku akhir Piala Dunia 2022 yang seterunya.