PM Anwar Ibrahim Umum Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

PM Anwar Ibrahim Umum Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini telah mengumumkan senarai Timbalan Menteri barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Antara senarai nama pemimpin yang dilantik menjadi Timbalan Menteri ialah Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Teo Nie Ching sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital; Ramkarpal Singh sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi dan Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Disamping itu, Datuk Rubiah Wang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Siti Aminah Aching sebagai
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi; Hasbi Habibullah sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Chang Fong Chin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Selain itu, Datuk Hanifah Taib dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi; Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; Adly Zahary sebagai Timbalan Menteri Pertahanan; Datuk Abdul Rahman Mohamad sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya; Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Liew Ching Tong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Yusuf Apdal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Sains dan Teknologi; Aiman Athirah Sabu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kemudian, Fuziah Salleh diumumkan dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Ramkarpal Singh sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi; Saraswathy Kandasamy sebagai
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Datuk Mohamad Alamin dilantik Timbalan Menteri Luar Negeri dan Khairul Firdaus Akhbar Khan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Upacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara jam tiga petang esok.