PM Mula Bertugas Sebagai Menteri Kewangan Hari Ini

PM Mula Bertugas Sebagai Menteri Kewangan Hari Ini

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabat Kementerian Kewangan bagi memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan...(Sumber Foto: Bernama)

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan, hari ini.

Beliau tiba di pejabat Kementerian Kewangan sekitar jam 7.57 pagi tadi untuk memulakan tugasnya di kementerian terbabit.

Mengenakan sut serba biru, ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies.

Kemudian beliau terus ke pejabatnya di Tingkat 12 di kementerian terbabit bagi menghadiri taklimat tertutup bersama pegawai kementerian.