PM Tiba di Sabah

PM Tiba di Sabah

0
SHARE
Anwar
Anwar (tiga dari kiri) bersalaman dengan Hajiji (tiga dari kanan) sejurus ketibaan sambil diperhatikan oleh Christina (kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada jam 7.53 malam Rabu.

Beliau dijadual merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Perdana Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena IJMAK Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di ibu negeri.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan, Menteri Pembangunan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew dan beberapa menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Turut mengiringi, Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama, Senator Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar. — JABATAN PENERANGAN SABAH