Pokok Tumbang Dirempuh Hilux Di Towering

Pokok Tumbang Dirempuh Hilux Di Towering

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang remaja mengalami cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya merempuh sebatang pokok dekat Towering sini.

Kejadian kira-kira 2.30 petang tadi itu melihat mangsa, Muhammad Zul Yazzman Yahya menerima rawatan awal oleh pasukan EMRS Jabatan Bomba.

Pusat Gerakan Operasi agensi penyelamat itu berkata mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulan untuk dibawa ke Hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.02,” katanya.

Kenderaan Hilux yang remuk selepas merempuh pokok berhampiran bulatan Towering di Penampang sehingga tumbang ke jalan bertentangan.