Polis Berkas Pelukis Tatu Calit Minyak Dan Liwat Pelanggan Lelaki

Polis Berkas Pelukis Tatu Calit Minyak Dan Liwat Pelanggan Lelaki

0
SHARE

PETALING JAYA: Pelukis tatu yang dipercayai meliwat seorang pelanggan lelaki di premisnya diberkas di Sungai Way, di sini pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, tangkapan suspek berusia 37 tahun itu dibuat kira-kira jam 12.05 tengah malam.

“Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod lampu bersabit kes jenayah.

“Suspek dipercayai mencalit minyak terhadap mangsa yang datang untuk membuat tatu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum bertindak meliwatnya,” katanya di sini, hari ini.

Suspek kini direman empat hari sehingga sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti bahan minyak yang digunakan suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Selasa, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu bunga di badannya.

Suspek telah menyapu minyak menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang terjadi semasa hendak mula melukis tatu bunga di tangan kanan pelanggannya itu.

Selepas mangsa tersedar, mangsa dapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan berasa sakit di bahagian dubur.