BELURAN: Polis sedang memburu seorang suspek kes dadah yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Sapi Nangoh pada Jumaat lalu.
Polis mendedahkan identiti suspek sebagai Justin Vau Langat, 27, beralamat di Long Nahan, Baram, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Hasan Majid berkata 4.072 gram dadah jenis syabu bernilai RM130,304 dirampas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika kejadian.
“Anggota PGA menahan Proton Saga kelabu bernombor pendaftaran SYR7763 yang dinaiki oleh dua orang lelaki iaitu pemandu dan penumpang hadapan.
“Semasa pemeriksaan disaksikan oleh suspek penumpang, anggota PGA bertugas itu telah melihat satu plastik warna hitam di tempat simpanan tayar.
“Setelah plastik tersebut diambil, tiba-tiba pemandu kereta yang berada di dalam kereta memecut melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.







