Polis Giat Kesan Dua Suspek Cuba Merempuh Anggota

Polis Giat Kesan Dua Suspek Cuba Merempuh Anggota

0
SHARE
Tangkap layar daripada video tular polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek...

KUALA LUMPUR – Pihak polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan, Ganesan Olakanathan, 40, bagi membantu mengesan dua suspek lelaki yang melarikan diri dari sembilan das tembakan.

Insiden di Laman Rimbunan, Jalan Kepong, di sini, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi (7 Ogos) berlaku setelah kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan Proton Wira enggan berhenti ketika diperiksa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota polis mengejar suspek bermula dari Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan yang sesak.

“Keadaan lalu lintas sesak menyebabkan suspek mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul…

“Untuk memberhentikan ancaman kepada orang lain, mereka melepaskan tembakan juga bagi mempertahankan diri.

“Kesemua tembakan dihalakan pada tayar kereta yang menyebabkan kebocoran tayar dan kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan 10 minit kemudian,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan melarikan diri ke arah sebuah kawasan perumahan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan menemui besi buruk yang mungkin dicuri…kita tak dapat kenal pasti apa tujuan barang-barang ini buat masa ini,” tambahnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam.

Video berdurasi 13 saat tular insident berkenaan tular di media sosial hari ini yang memaparkan tiga anggota polis melepaskan tembakan ke arah kereta suspek di jalan yang sesak.