Polis Sabah Buru Pemandu Kereta Alza Rempuh PKPD Taman Teluk Likas

Polis Sabah Buru Pemandu Kereta Alza Rempuh PKPD Taman Teluk Likas

0
SHARE
Lokasi kejadian di Pos Kawalan PKPD Taman Teluk Likas, Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Polis sedang giat mengesan pemandu sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih yang bertindak merempuh sekatan dawai berduri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Teluk Likas.

Kejadian jam 11.55 pagi kelmarin (Khamis) berlaku di sebuah pos ronda di kawasan berkenaan, demikian kata Ketua Polis Daerah ACP Zaidi Abdullah.

“Ketika anggota bertugas hendak membuat pemeriksaan tiba-tiba suspek lelaki mengundur keretanya dan melanggar sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi…

Kenderaan jenis Perodu Myvi yang dilanggar suspek ketika mengundurkan kenderaannya…

“Suspek kemudian masuk ke kawasan PKPD dengan melanggar penghalang jalan dan seterusnya memecut ke arah jalan Kuala Laut…

“Dia juga telah melanggar kawat berduri untuk keluar dari kawasan tersebut,” katanya

Dawai berduri yang telah dirempuh untuk keluar daripada kawasan PKPD…

Difahamkan semua petugas dan pemandu kenderaan Myvi yang dilanggar tidak mengalami kecederaan.

Operasi memburu lelaki terbabit dalam ‘Op Kesan’ telah dibuat Team MPV diketuai oleh Ketua Polis Balai Kota Kinabalu, ASP Norul Azlan Mohd Nawi tetapi gagal mengesan kenderaan saspek.

“Usaha mengesan kenderaan saspek di bengkel-bengkel sedang dijalankan dan juga pengesanan melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19…

“Siasatan kes di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (percubaan membunuh) atas perbuatannya yang boleh menyebabkan kematian.

“Kes ini juga boleh dibuka bersama di bawah Akta Polis, Seksyen 26 (2) AP iaitu tidak mematuhi apa-apa isyarat yang diberi oleh seorang pegawai polis yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai mana-mana sekatan,” kata Zaidi.

Bagi kes kemalangan melanggar kereta Myvi pula akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis Daerah Kota Kinabalu memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat individu berkenaan untuk tampil memberikan maklumat yang boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes ini Insp Zulfairie bin Ismail ditalian 0132-2618487 atau 088-529222.