TOKYO, JEPUN – Atlet negara yang membawa semangat “DEMI MALAYSIA” dalam memburu emas pertama buat Malaysia di temasya Sukan Olimpik 2020 masih lagi diteruskan ketika ini di Jepun.
Berikut merupakan jadual atlet kontinjen negara yang akan turun bertanding mpada temasya Sukan Olimpik 2020 hari ini (30 Julai – Jumaat) mengikut waktu tempatan Malaysia.
GOLF
1. Individu Lelaki
Permainan Strok Pusingan 2: Gavin Kyle Green – 6.30 pagi
OLAHRAGA
1. 100m Wanita
Pusingan Awal (Saringan 2): Azreen Nabila Alias – 8.07 pagi
2. Lompat Tinggi Lelaki
Kelayakan (Kumpulan A): Lee Hup Wei – 8.15 pagi
PELAYARAN
1. Laser Radial
Perlumbaan 9 & 10 Wanita: Nur Shazrin Mohamad Latif – 11.05 pagi
2. International 470
Perlumbaan 5 & 6 Wanita: Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali – 11.15 pagi
3. Laser Standard
Perlumbaan 9 & 10 Lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy – 1.35 petang
TERJUN
1. Pusingan Awal
3m Papan Anjal Individu Wanita: Nur Dhabitah Sabri & Ng Yan Yee – 2 petang
BADMINTON
1. Separuh Akhir
Beregu Lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik lwn Li Junhui-Liu Yuchen (CHN) – 6 petang