Rumah Terbuka Kakitangan Istana Seri Kinabalu Meriah

Rumah Terbuka Kakitangan Istana Seri Kinabalu Meriah

0
SHARE
Istana
Suasana ketika Rumah Terbuka di Dewan Istana Seri Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kakitangan Istana Seri Kinabalu semalam berlangsung meriah.

Menurut Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Abinan Asli, selain meraikan bulan Syawal majlis berkenaan turut bertujuan untuk mengukuhkan lagi silaturahim dan kerjasama antara pegawai atasan dan pegawai pelaksana Istana Seri Kinabalu serta jabatan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

“Saya berharap agar kerjasama erat antara satu sama yang lain dalam setiap acara yang dianjurkan oleh Istana Seri Kinabalu dapat berkekalan dan diteruskan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Selain pelbagai juadah hari raya, para tetamu juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada kakitangan istana. — JABATAN PENERANGAN SABAH