Kunjungan Hormat Rombongan MCW Kepada TYT Sabah

Kunjungan Hormat Rombongan MCW Kepada TYT Sabah

0
SHARE
Juhar
Saifulzaman (kiri), Shuaib (tiga dari kiri) dan pengurusan tertinggi Syarikat MCW Inovasi Sdn. Bhd. merakamkan gambar kenangan sejurus mengadakan kunjungan kepada Tun Juhar ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat rombongan MCW Inovasi Sdn. Bhd. yang diketuai Pengerusinya Datuk Shuaib Zakariah di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Menurut Shuaib kunjungan berkenaan bertujuan untuk memaklumkan Tun Juhar mengenai kesediaan syarikat tersebut membantu kerajaan negeri dalam sektor pembinaan dan pembangunan.

Selain itu, syarikat terbabit juga bersedia untuk membantu kerajaan negeri dengan menawarkan kepakaran yang diperolehi dari Negara China dalam pemuliharaan dan pengurusan hutan, sistem rawatan air, janakuasa elektrik dan teknologi penanaman padi moden di Sabah.

Hadir sama, pengurusan tertinggi MCW Inovasi Sdn. Bhd. serta Penasihat MyAmal Sabah Datuk Saifulzaman Sangul. — JABATAN PENERANGAN SABAH