Mayat Warga Emas Hilang 3 Hari Ditemui, Dipercayai Terjatuh

Mayat Warga Emas Hilang 3 Hari Ditemui, Dipercayai Terjatuh

0
SHARE

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki berusia 77 tahun ditemui penduduk Kampung Tombongon di Menggatal, sini, pada Isnin.

Sepasukan 9 anggota Balai Bomba Lintas dikerah ke lokasi berjarak 26 kilometer pada pukul 1.20 tengah hari dan tiba kira-kira 40 minit kemudian.

“Tindakan pasukan Bomba ialah menggunakan sistem tali untuk membawa naik mangsa.

“Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk siasatan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Ketua Balai Bomba Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata kemungkinan mangsa telah terjatuh di kawasan anak sungai berhampiran lokasi.

“Pasukan penyelamat terpaksa menaiki bukit sejauh 1 kilometer yang agak cerun bagi mengeluarkan mangsa,” jelasnya menolak kemungkinan mangsa telah terjatuh gaung.