Masidi Dijadual Bentang Belanjawan Sabah 2026 di DUN Esok

Masidi Dijadual Bentang Belanjawan Sabah 2026 di DUN Esok

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2026 oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dijadualkan berlangsung esok (Jumaat) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sehari selepas semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat.

Upacara angkat sumpah pada Khamis itu menyaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendahului barisan ADUN dipilih untuk mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M. Yahya.

Turut mengangkat sumpah ialah tiga Timbalan Ketua Menteri, barisan menteri kabinet negeri, Ketua Pembangkang, para Pembantu Menteri serta keseluruhan ADUN dipilih yang lain.

Majlis itu turut menyaksikan enam ADUN dilantik mengangkat sumpah, iaitu Datuk Mohamed Razali Razi, Datuk Abdul Kassim Razali, Datuk Caesar Mandela Malakun, Datuk Ir Chin Shu Ying, Datuk Roger Chin Ken Fong dan Grace Lee Li Mei.

Dengan selesai sesi pelantikan tersebut, tumpuan kini beralih kepada pembentangan belanjawan esok yang dijangka menggariskan hala tuju serta keutamaan pembangunan Sabah bagi tahun 2026.